Murid Ikut Tahun
- Prasekolah764%
- Tahun 134618%
- Tahun 223412%
- Tahun 326714%
- Tahun 434518%
- Tahun 528215%
- Tahun 634118%
JBA8033 Β· PPD Kulai
We β’ Strive β’ Together β’ For β’ Success
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Sekolah Dalam Angka
Angka keseluruhan sahaja β tiada maklumat peribadi. Lihat Dashboard Awam penuh β
Profil Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Johor LEADS,
Salam Kulai REFORM 2.0 β Execute To Achieve (E2A).
Dengan nama Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, SKBPSistem dapat direalisasikan sebagai salah satu inisiatif pendigitalan pengurusan di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai, Johor.
SKBPSistem dibangunkan sebagai 1 Stop Centre yang menghimpunkan maklumat, data, dokumen dan pelbagai keperluan pengurusan sekolah dalam satu platform yang lebih tersusun, mudah dicapai dan mesra pengguna. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu warga sekolah melaksanakan tugasan dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan pengurusan pendidikan masa kini.
Saya berharap SKBPSistem dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga SK Bandar Putra sebagai pusat rujukan dan pengurusan digital yang menyokong urusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Kejayaan sistem ini bukan hanya bergantung kepada teknologi, tetapi juga kepada komitmen dan kerjasama seluruh warga sekolah dalam menggunakannya secara konsisten dan bertanggungjawab. Justeru, marilah kita bersama-sama membudayakan pendigitalan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengurusan sekolah.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SK Bandar Putra atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan usaha ini. Semoga SKBPSistem menjadi pemangkin kepada pengurusan yang lebih cekap serta menyokong usaha kita membangunkan potensi murid secara holistik.
Marilah kita terus bergerak bersama untuk membina SK Bandar Putra yang dinamik, berinovasi, berintegriti dan berdaya saing, dengan sentiasa berpegang kepada nilai ilmu, iman dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Semoga segala usaha kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
βIlmu Optimis Imanβ
Sekian, terima kasih.
MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLIGuru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra (SKBP) begitulah nama yang diberikan sebagai keluarga baru institusi pendidikan bagi daerah Kulai dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Nama sekolah ini dipilih bersempena nama taman perumahan Bandar Putra kelolaan IOI Properties Bhd.
SKBP yang indah dan futuristic ini dibina dibawah projek secara rundingan terus βDesign & Bulitβ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan dimulakan pada 17 Jun 2001 dan siap dibina sepenuhnya kemudian diserahkan kepada JKR /PMC pada 20 Oktober 2003. Bagi melicinkan pengurusan sekolah dari segi penerimaan peralatan dan perabot, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melantik En. Mohd Hazeyhan b.Totor sebagai penyelaras manakala En.Rahim Bin Jamian, Guru Besar SK Indahpura 1 sebagai Guru Besar Pembimbingnya.
Pelajar sekolah ini terdiri daripada mereka yang mendiami kawasan perumahan Bandar Putra dan Ladang Swee Lam yang sebelum ini bersekolah di SK.Indahpura 1 & 2, SK.Taman Muhibbah, SK. Senai dan SK. Senai Utama. Mulai bulan Disember 2003, sekolah ini mula beroperasi berikutan beberapa orang tenaga penggerak mula mengatur langkah merancang dan melaksanakan tugas bagi memastikan perjalanan sekolah terutamanya pada hari pertama sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. En.Rahmat b. Ibrahim, En.Hassan b. Ismail, En.Sulaiman b.Yusoff dan beberapa orang guru telah memulakan tugas.
Mesyuarat pertama bersama Guru Besar, Tn Hj. Mohamed Noor b. Ibrahim telah diadakan pada hari Selasa (23 Disember 2003) bersama warga pendidik cemerlang SKBP.
Berkat komitmen dan penghayatan βYang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingβ beberapa aktiviti awal seperti Majlis Yassin/Tahlil & Doa Selamat (1 Januari 2004), Pendaftaran dan Pembayaran Yuran (2 Januari 2004), Hari Pertama Sesi Persekolahan (5 Januari 2004) dan Majlis Pelancaran Pengoperasian Sekolah pada 5 Januari 2004 berjaya dilaksanakan.
Kedudukan sekolah ini bersebelahan dengan SMK. Bandar Putra serentak memulakan sesi persekolahan mulai 5 Januari 2004. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pejabat Pentadbiran, BilikGuru, Bilik Mesyuarat, Bilik Kesihatan, Bilik Kaunseling, Pusat Sumber, Bilik Operasi SPBT, Bilik Operasi Sukan, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Muzik, Koperasi, 30 Bilik Darjah, Kantin, Surau, Dewan Serbaguna, Pondok Kawalan Keselamatan dan Tempat Menunggu Bas.
βIlmu, Optimis dan Imanβ, begitulah cogan kata unggul yang dipilih menunjukkan iltizam warga pendidik SKBP agar pelajar SKBP dapat memenuhi aspirasi sekolah seterusnya segala impian visi dan misi sekolah akan tercapai. SKBP terus mengorak langkah dalam mencipta pelbagai rekod kejayaan sehingga kini dalam bidang akademik, sahsiah, koakademik dan kokurikulum.
Tn. Hj. Mohamed Noor mencatat sejarah menjadi Guru Besar paling lama berkhidmat di SKBP selama 13 tahun. Tampuk kepimpinan SKBP diteruskan oleh Encik Ziman bin Mohammad untuk meneruskan legasi kecemerlangan SKBP. Kini, Encik Mohamad Mohidibin Sibli meneruskan legasi cemerlang sebagai guru besar SK Bandar Putra.
Semoga SKBP terus Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.
Bahawasanya Sekolah Kebangsaan Bandar Putra bercita -cita memberikan sedaya upaya asas pendidikan yang teguh,berkualiti dan bermoral sesuai dengan
Β kurikulum sekolah rendah selaras dengan prinsip - prinsip Rukun Negara yang akhirnya akan melahirkan insan yang berfikiran positif, kreatif, inovatif, beriman danΒ
seterusnya menjadi insan yang cemerlang.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
We Strive Together For Success
Lagu: Hanapiah Bahal/ Wan Azarie Lirik: Pn. Intan Junizah bt. Abd.Hamid
Megah terbina indah
Tulus mendidik bangsa
Sekolah Bandar Putra
Harapan dan cita ibu bapa
Melahir insan seimbang
Jitu guru terbilang
Sekolahku Cemerlang
Gemilang dan Terbilang
c/o IlmuOptimis dan Iman
Itulah cogan kata
Pegangan kita bersama
Berusaha mencapai cita
Kami bertekad kami berjanji
Menjadi insan yang terpuji
Teguh Gemilang Sekolah Cemerlang
Impian berwawasan
Kepimpinan
MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI
Guru Besar
TADS MAHAR BINTI IBNU HAJAR
Penolong Kanan Pentadbiran
NAZARIZAH BINTI BUROK
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
ABDUL QAHHAR BIN MOHD RADZI
Penolong Kanan Kokurikulum
ASHRAF FITRI BIN AHMAD
Penolong Kanan Petang
Komitmen Kami
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra komited untuk menyediakan dan melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan SKPMg2 dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Bagi memastikan tujuan ini ,Dasar Kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan.
Dasar Kualiti ini disebarluas kepada seluruh anggota SKBP melalui media cetak,taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.
Takwim
Acara seterusnya
π 16 Nov 2026
π Sedang berlangsung!
+ Simpan ke KalendarHingga 20 Nov 2026
Kokurikulum
Pasukan unit beruniform sekolah Β· 954 penyertaan murid
Kelab dan persatuan murid Β· 955 penyertaan murid
Sukan, permainan dan 1 Murid 1 Sukan Β· 955 penyertaan murid
Kejayaan
ASYRAF RAEF BIN AZMI & 20 lagi
Iman Zulaikha
Iman Zulaikha
Iman Zulaikha
Iman Zulaikha
Iman Zulaikha
Penyertaan AISYAH HUMAYRAA BINTI MUHAMAD ZULAKMAL & 5 lagi
Nur Arissa
ARISSA IRDINA BINTI MOHD NOOR AZAM & 1 lagi
ARISSA IRDINA BINTI MOHD NOOR AZAM & 1 lagi
Arissa Irdina
Anugerah Khas Nur Zara
Galeri
Hubungi Kami
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 34, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.