SK Bandar PutraWe Strive Together For Success

JBA8033 Β· PPD Kulai

SK Bandar Putra

We β€’ Strive β€’ Together β€’ For β€’ Success

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

1,891Murid
126Guru
58Kelas
271Pencapaian

SAPUTRA DIGITAL HUB

Sekolah Dalam Angka

Statistik 2026 Β· HEM, Kurikulum & Kokurikulum

πŸ’œ Hal Ehwal Murid

Murid Ikut Tahun

Prasekolah: 76 (4%)Tahun 1: 346 (18.3%)Tahun 2: 234 (12.4%)Tahun 3: 267 (14.1%)Tahun 4: 345 (18.2%)Tahun 5: 282 (14.9%)Tahun 6: 341 (18%)
1,891murid
  • Prasekolah764%
  • Tahun 134618%
  • Tahun 223412%
  • Tahun 326714%
  • Tahun 434518%
  • Tahun 528215%
  • Tahun 634118%
πŸ’œ Hal Ehwal Murid

Murid Ikut Jantina

Lelaki: 982 (51.9%)Perempuan: 909 (48.1%)
1,891murid
  • Lelaki98252%
  • Perempuan90948%
πŸ“˜ Kurikulum

Program Kurikulum 2026

Sudah dilaksana: 140 (92.1%)Akan datang: 12 (7.9%)
92%dilaksana
  • Sudah dilaksana14092%
  • Akan datang128%
πŸ“˜ Kurikulum

Takwim Sekolah Ikut Bidang

Kurikulum: 152 (45.5%)Hal Ehwal Murid: 80 (24%)Kokurikulum: 76 (22.8%)Pentadbiran: 22 (6.6%)Program Sekolah: < 5 (1.2%)
334acara
  • Kurikulum15246%
  • Hal Ehwal Murid8024%
  • Kokurikulum7623%
  • Pentadbiran227%
  • Program Sekolah< 51%
πŸ… Kokurikulum

Pencapaian Ikut Peringkat

Sekolah: 123 (45.4%)Daerah: 62 (22.9%)Negeri: 46 (17%)Kebangsaan: 34 (12.5%)Antarabangsa: 6 (2.2%)
271pencapaian
  • Sekolah12345%
  • Daerah6223%
  • Negeri4617%
  • Kebangsaan3413%
  • Antarabangsa62%
πŸ… Kokurikulum

Kehadiran Perjumpaan

Hadir: 23,122 (91.2%)Tidak hadir: 2,235 (8.8%)
91.2%hadir
  • Hadir23,12291%
  • Tidak hadir2,2359%
πŸ… Kokurikulum

Perjumpaan Ikut Kategori

Unit Beruniform: 123 (18.6%)Kelab & Persatuan: 309 (46.8%)Sukan & Permainan (1M1S): 217 (32.9%)Rumah Sukan: 11 (1.7%)
660perjumpaan
  • Unit Beruniform12319%
  • Kelab & Persatuan30947%
  • Sukan & Permainan (1M1S)21733%
  • Rumah Sukan112%

Angka keseluruhan sahaja β€” tiada maklumat peribadi. Lihat Dashboard Awam penuh β†—

Profil Sekolah

Mengenali SK Bandar Putra

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Johor LEADS,
Salam Kulai REFORM 2.0 – Execute To Achieve (E2A).

Dengan nama Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, SKBPSistem dapat direalisasikan sebagai salah satu inisiatif pendigitalan pengurusan di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai, Johor.

SKBPSistem dibangunkan sebagai 1 Stop Centre yang menghimpunkan maklumat, data, dokumen dan pelbagai keperluan pengurusan sekolah dalam satu platform yang lebih tersusun, mudah dicapai dan mesra pengguna. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu warga sekolah melaksanakan tugasan dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan pengurusan pendidikan masa kini.

Saya berharap SKBPSistem dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga SK Bandar Putra sebagai pusat rujukan dan pengurusan digital yang menyokong urusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Kejayaan sistem ini bukan hanya bergantung kepada teknologi, tetapi juga kepada komitmen dan kerjasama seluruh warga sekolah dalam menggunakannya secara konsisten dan bertanggungjawab. Justeru, marilah kita bersama-sama membudayakan pendigitalan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengurusan sekolah.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SK Bandar Putra atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan usaha ini. Semoga SKBPSistem menjadi pemangkin kepada pengurusan yang lebih cekap serta menyokong usaha kita membangunkan potensi murid secara holistik.

Marilah kita terus bergerak bersama untuk membina SK Bandar Putra yang dinamik, berinovasi, berintegriti dan berdaya saing, dengan sentiasa berpegang kepada nilai ilmu, iman dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Semoga segala usaha kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

β€œIlmu Optimis Iman”

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLIGuru Besar

Sejarah Ringkas

Sekolah Kebangsaan Bandar Putra (SKBP) begitulah nama yang diberikan sebagai keluarga baru institusi pendidikan bagi daerah Kulai dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Nama sekolah ini dipilih bersempena nama taman perumahan Bandar Putra kelolaan IOI Properties Bhd.

SKBP yang indah dan futuristic ini dibina dibawah projek secara rundingan terus β€˜Design & Bulit’ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan dimulakan pada 17 Jun 2001 dan siap dibina sepenuhnya kemudian diserahkan kepada JKR /PMC pada 20 Oktober 2003. Bagi melicinkan pengurusan sekolah dari segi penerimaan peralatan dan perabot, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melantik En. Mohd Hazeyhan b.Totor sebagai penyelaras manakala En.Rahim Bin Jamian, Guru Besar SK Indahpura 1 sebagai Guru Besar Pembimbingnya.

Pelajar sekolah ini terdiri daripada mereka yang mendiami kawasan perumahan Bandar Putra dan Ladang Swee Lam yang sebelum ini bersekolah di SK.Indahpura 1 & 2, SK.Taman Muhibbah, SK. Senai dan SK. Senai Utama. Mulai bulan Disember 2003, sekolah ini mula beroperasi berikutan beberapa orang tenaga penggerak mula mengatur langkah merancang dan melaksanakan tugas bagi memastikan perjalanan sekolah terutamanya pada hari pertama sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. En.Rahmat b. Ibrahim, En.Hassan b. Ismail, En.Sulaiman b.Yusoff dan beberapa orang guru telah memulakan tugas.

Mesyuarat pertama bersama Guru Besar, Tn Hj. Mohamed Noor b. Ibrahim telah diadakan pada hari Selasa (23 Disember 2003) bersama warga pendidik cemerlang SKBP.

Berkat komitmen dan penghayatan β€œYang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” beberapa aktiviti awal seperti Majlis Yassin/Tahlil & Doa Selamat (1 Januari 2004), Pendaftaran dan Pembayaran Yuran (2 Januari 2004), Hari Pertama Sesi Persekolahan (5 Januari 2004) dan Majlis Pelancaran Pengoperasian Sekolah pada 5 Januari 2004 berjaya dilaksanakan.

Kedudukan sekolah ini bersebelahan dengan SMK. Bandar Putra serentak memulakan sesi persekolahan mulai 5 Januari 2004. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pejabat Pentadbiran, BilikGuru, Bilik Mesyuarat, Bilik Kesihatan, Bilik Kaunseling, Pusat Sumber, Bilik Operasi SPBT, Bilik Operasi Sukan, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Muzik, Koperasi, 30 Bilik Darjah, Kantin, Surau, Dewan Serbaguna, Pondok Kawalan Keselamatan dan Tempat Menunggu Bas.

β€œIlmu, Optimis dan Iman”, begitulah cogan kata unggul yang dipilih menunjukkan iltizam warga pendidik SKBP agar pelajar SKBP dapat memenuhi aspirasi sekolah seterusnya segala impian visi dan misi sekolah akan tercapai. SKBP terus mengorak langkah dalam mencipta pelbagai rekod kejayaan sehingga kini dalam bidang akademik, sahsiah, koakademik dan kokurikulum.

Tn. Hj. Mohamed Noor mencatat sejarah menjadi Guru Besar paling lama berkhidmat di SKBP selama 13 tahun. Tampuk kepimpinan SKBP diteruskan oleh Encik Ziman bin Mohammad untuk meneruskan legasi kecemerlangan SKBP. Kini, Encik Mohamad Mohidibin Sibli meneruskan legasi cemerlang sebagai guru besar SK Bandar Putra.

Semoga SKBP terus Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.

Falsafah Sekolah

Bahawasanya Sekolah Kebangsaan Bandar Putra bercita -cita memberikan sedaya upaya asas pendidikan yang teguh,berkualiti dan bermoral sesuai dengan
Β kurikulum sekolah rendah selaras dengan prinsip - prinsip Rukun Negara yang akhirnya akan melahirkan insan yang berfikiran positif, kreatif, inovatif, beriman danΒ 
seterusnya menjadi insan yang cemerlang.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Lencana SK Bandar Putra

Lencana Sekolah

We Strive Together For Success

  • BUKU - Melambangkan ilmu pendidikan yang ada di sekolah
  • PERISAI- Melambangkan ketahanan dan semangat jati diri dari segi mental dan fizikal
  • LIMA CABANG- Melambangkan lima prinsip Rukun Negara
  • OBOR- Melambangkan warga pendidik yang sentiasa memberikan ilmu kepada pelajar
  • EMPAT GELUNG- Melambangkan semangat kesukanan yang jitu dan padu

🎡 SK Bandar Putra Gemilang

Lagu: Hanapiah Bahal/ Wan Azarie Lirik: Pn. Intan Junizah bt. Abd.Hamid

Lirik lagu

Megah terbina indah
Tulus mendidik bangsa
Sekolah Bandar Putra
Harapan dan cita ibu bapa

Melahir insan seimbang
Jitu guru terbilang
Sekolahku Cemerlang
Gemilang dan Terbilang

c/o IlmuOptimis dan Iman
Itulah cogan kata
Pegangan kita bersama
Berusaha mencapai cita

Kami bertekad kami berjanji
Menjadi insan yang terpuji
Teguh Gemilang Sekolah Cemerlang
Impian berwawasan

Kepimpinan

Barisan Pentadbir

MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI Guru Besar
TADS MAHAR BINTI IBNU HAJAR TADS MAHAR BINTI IBNU HAJAR Penolong Kanan Pentadbiran
NAZARIZAH BINTI BUROK NAZARIZAH BINTI BUROK Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
ABDUL QAHHAR BIN MOHD RADZI ABDUL QAHHAR BIN MOHD RADZI Penolong Kanan Kokurikulum
ASHRAF FITRI BIN AHMAD ASHRAF FITRI BIN AHMAD Penolong Kanan Petang

Komitmen Kami

Dasar Kualiti & Piagam Pelanggan

Dasar Kualiti SK Bandar Putra

Sekolah Kebangsaan Bandar Putra komited untuk menyediakan dan melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan SKPMg2 dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

Bagi memastikan tujuan ini ,Dasar Kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan.

Dasar Kualiti ini disebarluas kepada seluruh anggota SKBP melalui media cetak,taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.

Piagam Pelanggan SK Bandar Putra

  1. Kami Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Bandar Putra dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga kami untuk:
  2. Memastikan sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan Bandar Putra berjalan mengikut kehendak yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
  3. Menyediakan guru dan staf yang berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, komited, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas setiap masa.
  4. Memastikan semua pelajar diSekolah Kebangsaan Bandar Putra mendapat tempat belajar yang kondusif pada hari pertama sesi persekolahan bermula, agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan.
  5. Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  6. Menampilkan layanan mesra, prihatin dan penyayang dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar,ibubapa,masyarakat dan negara.
  7. Sentiasa bersedia member penerangan, maklumat terkini dan jawapan yang lengkap,tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
  8. Bersedia memberi dan menerima pendapat, syor, teguran yang membina dan nasihat yang baik dari semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan akademik.

Takwim

Acara Akan Datang

Acara seterusnya

PBL- STEM

πŸ“… 16 Nov 2026

–Hari
–Jam
–Minit
–Saat
+ Simpan ke Kalendar
  1. 16Nov

    PBL- STEM

    οΌ‹πŸ“…
  2. 16Nov

    Minggu Kerjaya (Ikon Model Kerjaya)

    Hingga 20 Nov 2026

    οΌ‹πŸ“…
  3. 16Nov

    Perhimpunan Kokurikulum (BULAN SABIT MERAH MALAYSIA)

    οΌ‹πŸ“…
  4. 16Nov

    Perjumpaan Mentor Mentee Kali ke 10

    οΌ‹πŸ“…
  5. 17Nov

    Graduasi

    οΌ‹πŸ“…
  6. 18Nov

    Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

    οΌ‹πŸ“…
  7. 18Nov

    EW20

    οΌ‹πŸ“…
  8. 19Nov

    Anugerah HEM

    οΌ‹πŸ“…

Kokurikulum

Bakat & Minat Murid

Pasukan unit beruniform sekolah Β· 954 penyertaan murid

Bulan Sabit Merah Malaysia
188 ahli
Pandu Puteri Tunas
193 ahli
Pengakap
243 ahli
Puteri Islam
136 ahli
Tunas Kadet Remaja Sekolah
194 ahli

Rumah Sukan

C Cougar 185 ahli Β· 19%
C Cheetah 191 ahli Β· 20%
P Puma 194 ahli Β· 20%
J Jaguar 186 ahli Β· 19%
P Panther 198 ahli Β· 21%

Kejayaan

Pencapaian Terkini

EXTRA KOKURIKULUM
Peringkat Kebangsaan

MAJLIS PENGANUGERAHAN DAERAH KULAI 2026

ASYRAF RAEF BIN AZMI & 20 lagi

Penyertaan
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL 'BUMI BUKAN TONG SAMPAH'

Iman Zulaikha

Penyertaan
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL 'BUMI BUKAN TONG SAMPAH'

Iman Zulaikha

Penyertaan
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL 'BUMI BUKAN TONG SAMPAH'

Iman Zulaikha

Penyertaan
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL 'BUMI BUKAN TONG SAMPAH'

Iman Zulaikha

Penyertaan
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL 'BUMI BUKAN TONG SAMPAH'

Iman Zulaikha

Penyertaan
Peringkat Negeri

Sambutan Hari Kebangsaan persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Johor.

AISYAH HUMAYRAA BINTI MUHAMAD ZULAKMAL & 5 lagi

Tempat Kelima
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN ZAPIN CITRA JOHOR

Nur Arissa

Naib Johan
Peringkat Negeri

PERTANDINGAN ZAPIN CITRA JOHOR

ARISSA IRDINA BINTI MOHD NOOR AZAM & 1 lagi

Anugerah Khas
Peringkat Negeri

PESERTA PEREMPUAN TERBAIK - KARNIVAL KESENIAN ZAPIN

ARISSA IRDINA BINTI MOHD NOOR AZAM & 1 lagi

Anugerah Khas
Peringkat Negeri

ANUGERAH YOUNG ICH AMBASSADOR - ZAPIN JOHOR TO UNESCO

Arissa Irdina

Anugerah Khas
Peringkat Negeri

KARNIVAL KESENIAN ZAPIN

Nur Zara

Galeri

Suasana & Aktiviti Sekolah

Hubungi Kami

SK Bandar Putra

Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 34, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.